Blog ini adalah blog untuk share resepi masakan yang best2 atau petua2 memasak yang boleh digunapakai..Segala paparan resepi dalam blog ni adalah resepi yang telah dicuba dan ia mmg sedap...Kalau berani cuba lah...
Monday, 11 April 2011
Tortila Satay Ayam
Cadangan Hidangan : 2 orang
Bahan-bahan
2 keping Garlic Tortila ( boleh beli kat TESCO)
1 Keping dada ayam ( hiris memanjang )
1 Biji bawang besar ( potong dadu kecil-kecil )
Sedikit kobis ( hiris halus-halus )
1 sudu besar butter
2 keping keju / cheedar
Bahan Perap
2 Ulas bawang putih ( blend )
1 inci halia ( blend )
sedikit serbuk jinta putih, jintan manis, lada hitam (kasar), serbuk cili
sedikit seasoning dan gula
Cara-cara
1. Perap ayam selama 10 - 20 minit
2. Panaskan butter, lepas tu masukkan ayam
3. Goreng sambil balik-balikkan hingga agak kering
4. Sediakan tortila, letakkan ayam tadi + keju + kobis = gulung
dan boleh potong dua. Boleh juga letak sos sebelum gulung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment