Tuesday 7 February 2012

Sticky Almond Cinnamon Roll


Cadangan Hidangan : 8 - 10 biji roti

BAHAN-BAHAN

ROTI
3 Cawan tepung gandum (kalau boleh yg SUPERFINE)
3 Biji telur
1 Cawan susu segar
1 paket dry yeast ( 11g )
1 sudu kecil bread improver (jika ada)
1/2 gula castor
1/2 sudu kecil gram halus
2 Sudu besar butter
2 Sudu besar lemak sayur

FILLING
1 Cawan Brown Sugar
1 Sudu kecil serbuk kayu manis
1 Cawan Badam (dihancurkan sedikit) saya guna Tong Garden (madu)
1 Cawan Kismis

SOS
1 @ 2 Cawan susu segar
2 Sudu besar Butter
1 Cawan Brown Sugar
3 Sudu Besar Madu
Sedikit Badam hancur

CARA-CARA


- Bahan-bahan sos dipanaskan dalam periuk + gaul hingga sebati = sejukkan dalam dulang pembakar
- Tinggalkan sedikit sos untuk tuang atas roti semasa hendak dihidangkan.

- Gaulkan tepung + dry yeast + bread Improver + gula + garam dalam mangkuk besar (bahan A)
- Blend telur + susu segar sampai gebu (bahan B)
- Gaulkan bahan A dan B (masukkan bahan B sedikit-sedikit)
- Bila dah rata, masukkan butter + lemak sayur = gaul hingga rata
- Kalau lebih, masukkan sedit tepung dan uli sampai jadi doh (tak melekat di jari) uli guna teknik tumbuk dan
  tekan selamat 10 minit. lagi lama lagi bagus...roti akan lebih lembut
- Biarkan dalam mangkuk bertutup selama 1 jam (doh akan naik)


- Kemudian canaikan doh tadi setebal 1cm dan taburkan bahan FILLING
- Kemudian gulungkan doh tersebut dan potong ikut saiz yang anda suka
- Selepas tu masukkan dalam dulang yang telah ada sos + bakar selama 50 minit -  suhu 180c
( panaskan oven dulu dalam 5 - 10 minit )



Selamat mencubaaaa.....

No comments:

Post a Comment