Thursday 14 March 2013

Strawberry Sunkisszz


Cadangan Hidangan : 4 orang

BAHAN2 :

3 biji limau sunkist
1 paket jeli


CARA2 :

 1. Keluarkan isi limau

 2. Tuangkan jelili yg dah dimasak dan letak dalam peti sejuk hingga jadi pejal. 
kemudian potong mcm potong limau biasa

ELLANIE'S SIMPLE TIRAMISU


Cadangan Hidangan : 1 Loyang (8 orang)

BAHAN2 :

1 Bungkus biskut merrie perisa cappucino / coffee
1 Panas (untuk rendam biskut)
1 kotak whipped Cream (200ml)
250 cream cheese
1 sudu essen vanilla
1 cawan gula halus / gula ising
Strawbery n Serbuk koko / milo (hiasan)

CARA2 :

1. Rendam biskut dalam air panas dan susu dalam bekas (lapisan pertama).
2. Rendam lagi untuk lapisan kedua (letak tepi dulu...jgn susun dulu)
3. Guna mixer - pukul cream cheese + whipped cream + essen vanila dan gula hingga kembang dan pekat
4. Letakkan dan ratakan cream yg kembang tadi atas lapisan pertama
5. Susun biskut yg telah direndam tadi dan ratakan cream diatasnya hingga habis
6. Taburkan serbuk milo / koko dan boleh buat hiasan strawberry 
7. Masukkan dalam peti sejuk selama 1 jam dan boleh dimakan


Monday 23 July 2012

My Pavlova






Cadangan hidangan : 8 - 10 orang

BAHAN-BAHAN

Bahan A ( Meringue )

4 biji telur putih
170 gram gula castor
1 sudu kecil cuka apple
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil essence vanila
2 keping kertas minyak (potong ikut bentuk yang hendak dibakar)

Bahan B ( Topping )

250 ml whipping cream (saya guna jenama emborg )
1 sudu kecil vanila
1 sudu besar gula castor
Buahan untuk letak antara lapisan dan atas sekali ( boleh guna strawberi, anggur, kiwi, peach dll )

CARA-CARA

Bahan A
1. Putar telur dengan speed yg perlahan hingga kembang (jadi buaih kecil ).
2. Masukkan gula sedikit2, putar dengan kelajuan high speed sampai gebu. sambil tu masukkan cuka  
    apple,essence vanila dan tepung jagung.
3. Kemudian letak atas kertas minyak setebal dalam 1cm..buat sampai habis adunan..ikut saiz yang anda suka.
    Kalau saiz x besar, dapat buat banyak lapis.
4. Bakar dengan suhu 150cc dalam 1 jam atau hingga masak ( nk tahu masak, bila meringue tu dah keras
    macam biskut. x keras sangat pun ok. ikut suka.
5. Selepas masak, sejukkan kat luar oven.

Bahan B
1. Putar whipping cream + essence vanila guna high speed sambil masukkan gula.
2. Jangan putar terlalu lama, apabila sudah kembang dan gebu terus stop.kalau tak whipping cream akan
    berketul dan keluar air.

* Kemudian letak meringue atas pinggang atau bekas, oleskan topping tadi dan susun buah yang dipotong nipis
   nipis. Ulang lagi hingga habis berapa lapisan meringue yang anda buat dan atas sekali susun buah yang
   dipotong dadu.
* Kemudia simpan dulu dalam peti sejuk, bila dah sejuk boleh terus makan....yummyyyyyyyy!!


Letak Meringue atas kertas minyak                Bakar Meringue hingga masak


Meringue yang dah masak                              Lapiskan meringue dan whipping
                                                                                         cream + buah


Thursday 10 May 2012

Kacang Pool + Oregano Bread


Hidangan untuk 2 orang

Bahan (Kacang Pool )

1 Tin kecil kacang panggang (Ayam Brand )
1 Biji bawang besar (potong dadu )
200gm danging cincang
2 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
3 sudu besar cili boh/giling
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
garan/gula/serbuk perasa (ikut rasa masing2)

Cara-Cara

1) Tumiskan bawang putih dan bawang besar dengan minyak sapi sehingga naik bau.
2) Masukkan cili boh/giling...tumis hingga masak
3) Masukkan daging cincang, goreng hingga masak
4) Masukkan 1 tin kacang panggang+jintan+serbuk jintan+sos2+gula/garam/serbuk perasa
5) Gaul kesemua sekali sambil lenyek kacang tu sampai sedikit hancur.Bila dah hampir kering boleh matikan api.

Roti Oregano

1 Batang roti perancis (brand Daily lembut)
Butter
Serbuk Oregano
Daun Pasley

Cara-cara

1) Potong roti serong-serong
2) Sapukan butter + taburkan serbuk oregano dan daun pasley
3) Letak kat kuali leper tanpa minyak hingga garing (kalau nk bakar pun boleh jugak, tapi lambat la sikit )

Tuesday 7 February 2012

Sticky Almond Cinnamon Roll


Cadangan Hidangan : 8 - 10 biji roti

BAHAN-BAHAN

ROTI
3 Cawan tepung gandum (kalau boleh yg SUPERFINE)
3 Biji telur
1 Cawan susu segar
1 paket dry yeast ( 11g )
1 sudu kecil bread improver (jika ada)
1/2 gula castor
1/2 sudu kecil gram halus
2 Sudu besar butter
2 Sudu besar lemak sayur

FILLING
1 Cawan Brown Sugar
1 Sudu kecil serbuk kayu manis
1 Cawan Badam (dihancurkan sedikit) saya guna Tong Garden (madu)
1 Cawan Kismis

SOS
1 @ 2 Cawan susu segar
2 Sudu besar Butter
1 Cawan Brown Sugar
3 Sudu Besar Madu
Sedikit Badam hancur

CARA-CARA


- Bahan-bahan sos dipanaskan dalam periuk + gaul hingga sebati = sejukkan dalam dulang pembakar
- Tinggalkan sedikit sos untuk tuang atas roti semasa hendak dihidangkan.

- Gaulkan tepung + dry yeast + bread Improver + gula + garam dalam mangkuk besar (bahan A)
- Blend telur + susu segar sampai gebu (bahan B)
- Gaulkan bahan A dan B (masukkan bahan B sedikit-sedikit)
- Bila dah rata, masukkan butter + lemak sayur = gaul hingga rata
- Kalau lebih, masukkan sedit tepung dan uli sampai jadi doh (tak melekat di jari) uli guna teknik tumbuk dan
  tekan selamat 10 minit. lagi lama lagi bagus...roti akan lebih lembut
- Biarkan dalam mangkuk bertutup selama 1 jam (doh akan naik)


- Kemudian canaikan doh tadi setebal 1cm dan taburkan bahan FILLING
- Kemudian gulungkan doh tersebut dan potong ikut saiz yang anda suka
- Selepas tu masukkan dalam dulang yang telah ada sos + bakar selama 50 minit -  suhu 180c
( panaskan oven dulu dalam 5 - 10 minit )



Selamat mencubaaaa.....

Monday 18 April 2011

Ayam Goreng Kunyit Rangup


Cadangan Hidangan : 2 orang

BAHAN - BAHAN

1 Ketul dada ayam ( potong dadu )
1 biji bawang besar ( mayang atau potong bulat-bulat )
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil tepung jagung
3 ulas bawang merah ( blend )
1 inci halia ( blend )
garam secukup rasa

CARA - CARA

1. Gaul ayam dan bawang besar dengan semua bahan
2. Panaskan minyak, goreng dalam minyak yang banyak
3. Setelah ayam hampir garing, masukkan bawang.
4. Sesudah masak, toskan minyang dan hidangkan.

Sunday 17 April 2011

Sup Sayur


Cadangan Hidangan : 2 orang

BAHAN - BAHAN

2 ulas bawang putih ( dimayang )
1 biji bawang besar ( dimayang )
1 inci halia ( diketuk )
2 biji cili ( diketuk )
Sedikit daging atau ayam ( potong dadu atau cincang )
Sedikit kobis
Sedikit carrot
1 biji tomato ( potong dadu )
garam gula secukup rasa
sedikit lada sulah

CARA - CARA

1. Tumis bahan yang diketuk dan dimayang hingga naik bau
2. Masukkan air + lauk ayam / daging + carrot + garam/gula + lada sulah
3. Setelah lauk hampir masak, masukkan kobis + tomato