Monday 23 July 2012

My Pavlova






Cadangan hidangan : 8 - 10 orang

BAHAN-BAHAN

Bahan A ( Meringue )

4 biji telur putih
170 gram gula castor
1 sudu kecil cuka apple
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil essence vanila
2 keping kertas minyak (potong ikut bentuk yang hendak dibakar)

Bahan B ( Topping )

250 ml whipping cream (saya guna jenama emborg )
1 sudu kecil vanila
1 sudu besar gula castor
Buahan untuk letak antara lapisan dan atas sekali ( boleh guna strawberi, anggur, kiwi, peach dll )

CARA-CARA

Bahan A
1. Putar telur dengan speed yg perlahan hingga kembang (jadi buaih kecil ).
2. Masukkan gula sedikit2, putar dengan kelajuan high speed sampai gebu. sambil tu masukkan cuka  
    apple,essence vanila dan tepung jagung.
3. Kemudian letak atas kertas minyak setebal dalam 1cm..buat sampai habis adunan..ikut saiz yang anda suka.
    Kalau saiz x besar, dapat buat banyak lapis.
4. Bakar dengan suhu 150cc dalam 1 jam atau hingga masak ( nk tahu masak, bila meringue tu dah keras
    macam biskut. x keras sangat pun ok. ikut suka.
5. Selepas masak, sejukkan kat luar oven.

Bahan B
1. Putar whipping cream + essence vanila guna high speed sambil masukkan gula.
2. Jangan putar terlalu lama, apabila sudah kembang dan gebu terus stop.kalau tak whipping cream akan
    berketul dan keluar air.

* Kemudian letak meringue atas pinggang atau bekas, oleskan topping tadi dan susun buah yang dipotong nipis
   nipis. Ulang lagi hingga habis berapa lapisan meringue yang anda buat dan atas sekali susun buah yang
   dipotong dadu.
* Kemudia simpan dulu dalam peti sejuk, bila dah sejuk boleh terus makan....yummyyyyyyyy!!


Letak Meringue atas kertas minyak                Bakar Meringue hingga masak


Meringue yang dah masak                              Lapiskan meringue dan whipping
                                                                                         cream + buah


No comments:

Post a Comment