Tuesday, 7 February 2012

Sticky Almond Cinnamon Roll


Cadangan Hidangan : 8 - 10 biji roti

BAHAN-BAHAN

ROTI
3 Cawan tepung gandum (kalau boleh yg SUPERFINE)
3 Biji telur
1 Cawan susu segar
1 paket dry yeast ( 11g )
1 sudu kecil bread improver (jika ada)
1/2 gula castor
1/2 sudu kecil gram halus
2 Sudu besar butter
2 Sudu besar lemak sayur

FILLING
1 Cawan Brown Sugar
1 Sudu kecil serbuk kayu manis
1 Cawan Badam (dihancurkan sedikit) saya guna Tong Garden (madu)
1 Cawan Kismis

SOS
1 @ 2 Cawan susu segar
2 Sudu besar Butter
1 Cawan Brown Sugar
3 Sudu Besar Madu
Sedikit Badam hancur

CARA-CARA


- Bahan-bahan sos dipanaskan dalam periuk + gaul hingga sebati = sejukkan dalam dulang pembakar
- Tinggalkan sedikit sos untuk tuang atas roti semasa hendak dihidangkan.

- Gaulkan tepung + dry yeast + bread Improver + gula + garam dalam mangkuk besar (bahan A)
- Blend telur + susu segar sampai gebu (bahan B)
- Gaulkan bahan A dan B (masukkan bahan B sedikit-sedikit)
- Bila dah rata, masukkan butter + lemak sayur = gaul hingga rata
- Kalau lebih, masukkan sedit tepung dan uli sampai jadi doh (tak melekat di jari) uli guna teknik tumbuk dan
  tekan selamat 10 minit. lagi lama lagi bagus...roti akan lebih lembut
- Biarkan dalam mangkuk bertutup selama 1 jam (doh akan naik)


- Kemudian canaikan doh tadi setebal 1cm dan taburkan bahan FILLING
- Kemudian gulungkan doh tersebut dan potong ikut saiz yang anda suka
- Selepas tu masukkan dalam dulang yang telah ada sos + bakar selama 50 minit -  suhu 180c
( panaskan oven dulu dalam 5 - 10 minit )



Selamat mencubaaaa.....

Monday, 18 April 2011

Ayam Goreng Kunyit Rangup


Cadangan Hidangan : 2 orang

BAHAN - BAHAN

1 Ketul dada ayam ( potong dadu )
1 biji bawang besar ( mayang atau potong bulat-bulat )
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil tepung jagung
3 ulas bawang merah ( blend )
1 inci halia ( blend )
garam secukup rasa

CARA - CARA

1. Gaul ayam dan bawang besar dengan semua bahan
2. Panaskan minyak, goreng dalam minyak yang banyak
3. Setelah ayam hampir garing, masukkan bawang.
4. Sesudah masak, toskan minyang dan hidangkan.

Sunday, 17 April 2011

Sup Sayur


Cadangan Hidangan : 2 orang

BAHAN - BAHAN

2 ulas bawang putih ( dimayang )
1 biji bawang besar ( dimayang )
1 inci halia ( diketuk )
2 biji cili ( diketuk )
Sedikit daging atau ayam ( potong dadu atau cincang )
Sedikit kobis
Sedikit carrot
1 biji tomato ( potong dadu )
garam gula secukup rasa
sedikit lada sulah

CARA - CARA

1. Tumis bahan yang diketuk dan dimayang hingga naik bau
2. Masukkan air + lauk ayam / daging + carrot + garam/gula + lada sulah
3. Setelah lauk hampir masak, masukkan kobis + tomato

Ikan Goreng Rangup


Cadangan Hidangan : 2 orang

BAHAN - BAHAN

1 Keping ikan merah
1 sudu besar pes asam jawa
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil cili boh
1 sudu kecil halia ( ditumbuk )
1 biji bawang besar ( dimayang )
garam secukup rasa

CARA - CARA

1. Perap ikan dengan pes asam jawa ( 30 minit )kemudian basuh
2. Gaul semua bahan ( perap 15 minit ) dan boleh goreng dalam minyak banyak
3. Setelah ikan hampir masak, masukkan bawang dan goreng hingga garing

Nasi Goreng Udang


Cadangan Hidangan : 2 orang

BAHAN-BAHAN

2 Pinggan nasi putih
8 ekor udang ( boleh potong kecil-kecil )
2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1 biji bawang merah ( ditumbuk )
6 biji cili padi ( ditumbuk )
Sedikit udang kering ( ditumbuk )
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit lobak


CARA-CARA

1. Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga sedikit garing dan naik bau + garam + gula + kunyit
2. Masukkan nasi + lobak = goreng dan gaul hingga rata.
3. Boleh hidang. Sangat mudah!

Asam Pedas Ikan Pari


Cadangan Hidangan : 3 - 5 orang

Bahan-bahan

5 - 8 Ketul isi ikan pari
2 Sudu besar pes asam jawa
2 Biji bawang besar ( blend )
1 Ulas bawang putih ( blend )
Secubit halia ( blend )
Secubit lengkuas ( blend )
Secubit belacan ( blend )
Secubit kunyit ( blend )
3 sudu besar cili boh
1 sudu kecil serbuk kari ( blend )
1 Ikat daun kesum
6 Batang bendi
2 Biji tomato ( potong dadu )

CARA - CARA

1. Basuh ikan pari dan gaul dengan pes asam jawa ( perap selama 1 - 2 jam )
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di blend tadi + cili boh hingga naik bau.
3. Masukkan ikan yang telah diperap ( jangan basuh, biarkan bersama asam jawa )
4. Gaul sekejap dan masukkan air ( untuk buat kuah )
5. Masukkan garam + gula secukup rasa + daun kesum
6. Apabila ikan sudah masak, masukkan tomato + bendi
7. Untuk lebih sedap boleh tambah sedikit sos cili + sos tiram + sos tomato

Wednesday, 13 April 2011

Udang Goreng Kunyit Rangup

Udang goreng ni mmg sedap...ratah pun boleh...


Cadangan Hidangan : 2 orang

Bahan-bahan

10 - 15 ekor udang
1 biji bawang besar ( mayang bulat )
2 tangkai cili kering ( gunting kecil-kecil )

Bahan Perap

1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
sedikit lada sulah

Cara-cara

1. Basuh udang dan tos kan
2. Gaulkan semua bahan termasuk bawang
3. Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga garing ( jangan selalu balikkan )
4. Bila udang hampir masak, masukkan cili kering