Thursday, 14 March 2013

Strawberry Sunkisszz


Cadangan Hidangan : 4 orang

BAHAN2 :

3 biji limau sunkist
1 paket jeli


CARA2 :

 1. Keluarkan isi limau

 2. Tuangkan jelili yg dah dimasak dan letak dalam peti sejuk hingga jadi pejal. 
kemudian potong mcm potong limau biasa

ELLANIE'S SIMPLE TIRAMISU


Cadangan Hidangan : 1 Loyang (8 orang)

BAHAN2 :

1 Bungkus biskut merrie perisa cappucino / coffee
1 Panas (untuk rendam biskut)
1 kotak whipped Cream (200ml)
250 cream cheese
1 sudu essen vanilla
1 cawan gula halus / gula ising
Strawbery n Serbuk koko / milo (hiasan)

CARA2 :

1. Rendam biskut dalam air panas dan susu dalam bekas (lapisan pertama).
2. Rendam lagi untuk lapisan kedua (letak tepi dulu...jgn susun dulu)
3. Guna mixer - pukul cream cheese + whipped cream + essen vanila dan gula hingga kembang dan pekat
4. Letakkan dan ratakan cream yg kembang tadi atas lapisan pertama
5. Susun biskut yg telah direndam tadi dan ratakan cream diatasnya hingga habis
6. Taburkan serbuk milo / koko dan boleh buat hiasan strawberry 
7. Masukkan dalam peti sejuk selama 1 jam dan boleh dimakan


Monday, 23 July 2012

My Pavlova






Cadangan hidangan : 8 - 10 orang

BAHAN-BAHAN

Bahan A ( Meringue )

4 biji telur putih
170 gram gula castor
1 sudu kecil cuka apple
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil essence vanila
2 keping kertas minyak (potong ikut bentuk yang hendak dibakar)

Bahan B ( Topping )

250 ml whipping cream (saya guna jenama emborg )
1 sudu kecil vanila
1 sudu besar gula castor
Buahan untuk letak antara lapisan dan atas sekali ( boleh guna strawberi, anggur, kiwi, peach dll )

CARA-CARA

Bahan A
1. Putar telur dengan speed yg perlahan hingga kembang (jadi buaih kecil ).
2. Masukkan gula sedikit2, putar dengan kelajuan high speed sampai gebu. sambil tu masukkan cuka  
    apple,essence vanila dan tepung jagung.
3. Kemudian letak atas kertas minyak setebal dalam 1cm..buat sampai habis adunan..ikut saiz yang anda suka.
    Kalau saiz x besar, dapat buat banyak lapis.
4. Bakar dengan suhu 150cc dalam 1 jam atau hingga masak ( nk tahu masak, bila meringue tu dah keras
    macam biskut. x keras sangat pun ok. ikut suka.
5. Selepas masak, sejukkan kat luar oven.

Bahan B
1. Putar whipping cream + essence vanila guna high speed sambil masukkan gula.
2. Jangan putar terlalu lama, apabila sudah kembang dan gebu terus stop.kalau tak whipping cream akan
    berketul dan keluar air.

* Kemudian letak meringue atas pinggang atau bekas, oleskan topping tadi dan susun buah yang dipotong nipis
   nipis. Ulang lagi hingga habis berapa lapisan meringue yang anda buat dan atas sekali susun buah yang
   dipotong dadu.
* Kemudia simpan dulu dalam peti sejuk, bila dah sejuk boleh terus makan....yummyyyyyyyy!!


Letak Meringue atas kertas minyak                Bakar Meringue hingga masak


Meringue yang dah masak                              Lapiskan meringue dan whipping
                                                                                         cream + buah


Thursday, 10 May 2012

Kacang Pool + Oregano Bread


Hidangan untuk 2 orang

Bahan (Kacang Pool )

1 Tin kecil kacang panggang (Ayam Brand )
1 Biji bawang besar (potong dadu )
200gm danging cincang
2 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk jintan manis
3 sudu besar cili boh/giling
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
garan/gula/serbuk perasa (ikut rasa masing2)

Cara-Cara

1) Tumiskan bawang putih dan bawang besar dengan minyak sapi sehingga naik bau.
2) Masukkan cili boh/giling...tumis hingga masak
3) Masukkan daging cincang, goreng hingga masak
4) Masukkan 1 tin kacang panggang+jintan+serbuk jintan+sos2+gula/garam/serbuk perasa
5) Gaul kesemua sekali sambil lenyek kacang tu sampai sedikit hancur.Bila dah hampir kering boleh matikan api.

Roti Oregano

1 Batang roti perancis (brand Daily lembut)
Butter
Serbuk Oregano
Daun Pasley

Cara-cara

1) Potong roti serong-serong
2) Sapukan butter + taburkan serbuk oregano dan daun pasley
3) Letak kat kuali leper tanpa minyak hingga garing (kalau nk bakar pun boleh jugak, tapi lambat la sikit )

Tuesday, 7 February 2012

Sticky Almond Cinnamon Roll


Cadangan Hidangan : 8 - 10 biji roti

BAHAN-BAHAN

ROTI
3 Cawan tepung gandum (kalau boleh yg SUPERFINE)
3 Biji telur
1 Cawan susu segar
1 paket dry yeast ( 11g )
1 sudu kecil bread improver (jika ada)
1/2 gula castor
1/2 sudu kecil gram halus
2 Sudu besar butter
2 Sudu besar lemak sayur

FILLING
1 Cawan Brown Sugar
1 Sudu kecil serbuk kayu manis
1 Cawan Badam (dihancurkan sedikit) saya guna Tong Garden (madu)
1 Cawan Kismis

SOS
1 @ 2 Cawan susu segar
2 Sudu besar Butter
1 Cawan Brown Sugar
3 Sudu Besar Madu
Sedikit Badam hancur

CARA-CARA


- Bahan-bahan sos dipanaskan dalam periuk + gaul hingga sebati = sejukkan dalam dulang pembakar
- Tinggalkan sedikit sos untuk tuang atas roti semasa hendak dihidangkan.

- Gaulkan tepung + dry yeast + bread Improver + gula + garam dalam mangkuk besar (bahan A)
- Blend telur + susu segar sampai gebu (bahan B)
- Gaulkan bahan A dan B (masukkan bahan B sedikit-sedikit)
- Bila dah rata, masukkan butter + lemak sayur = gaul hingga rata
- Kalau lebih, masukkan sedit tepung dan uli sampai jadi doh (tak melekat di jari) uli guna teknik tumbuk dan
  tekan selamat 10 minit. lagi lama lagi bagus...roti akan lebih lembut
- Biarkan dalam mangkuk bertutup selama 1 jam (doh akan naik)


- Kemudian canaikan doh tadi setebal 1cm dan taburkan bahan FILLING
- Kemudian gulungkan doh tersebut dan potong ikut saiz yang anda suka
- Selepas tu masukkan dalam dulang yang telah ada sos + bakar selama 50 minit -  suhu 180c
( panaskan oven dulu dalam 5 - 10 minit )



Selamat mencubaaaa.....

Monday, 18 April 2011

Ayam Goreng Kunyit Rangup


Cadangan Hidangan : 2 orang

BAHAN - BAHAN

1 Ketul dada ayam ( potong dadu )
1 biji bawang besar ( mayang atau potong bulat-bulat )
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil tepung jagung
3 ulas bawang merah ( blend )
1 inci halia ( blend )
garam secukup rasa

CARA - CARA

1. Gaul ayam dan bawang besar dengan semua bahan
2. Panaskan minyak, goreng dalam minyak yang banyak
3. Setelah ayam hampir garing, masukkan bawang.
4. Sesudah masak, toskan minyang dan hidangkan.

Sunday, 17 April 2011

Sup Sayur


Cadangan Hidangan : 2 orang

BAHAN - BAHAN

2 ulas bawang putih ( dimayang )
1 biji bawang besar ( dimayang )
1 inci halia ( diketuk )
2 biji cili ( diketuk )
Sedikit daging atau ayam ( potong dadu atau cincang )
Sedikit kobis
Sedikit carrot
1 biji tomato ( potong dadu )
garam gula secukup rasa
sedikit lada sulah

CARA - CARA

1. Tumis bahan yang diketuk dan dimayang hingga naik bau
2. Masukkan air + lauk ayam / daging + carrot + garam/gula + lada sulah
3. Setelah lauk hampir masak, masukkan kobis + tomato

Ikan Goreng Rangup


Cadangan Hidangan : 2 orang

BAHAN - BAHAN

1 Keping ikan merah
1 sudu besar pes asam jawa
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil cili boh
1 sudu kecil halia ( ditumbuk )
1 biji bawang besar ( dimayang )
garam secukup rasa

CARA - CARA

1. Perap ikan dengan pes asam jawa ( 30 minit )kemudian basuh
2. Gaul semua bahan ( perap 15 minit ) dan boleh goreng dalam minyak banyak
3. Setelah ikan hampir masak, masukkan bawang dan goreng hingga garing

Nasi Goreng Udang


Cadangan Hidangan : 2 orang

BAHAN-BAHAN

2 Pinggan nasi putih
8 ekor udang ( boleh potong kecil-kecil )
2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1 biji bawang merah ( ditumbuk )
6 biji cili padi ( ditumbuk )
Sedikit udang kering ( ditumbuk )
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit lobak


CARA-CARA

1. Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga sedikit garing dan naik bau + garam + gula + kunyit
2. Masukkan nasi + lobak = goreng dan gaul hingga rata.
3. Boleh hidang. Sangat mudah!

Asam Pedas Ikan Pari


Cadangan Hidangan : 3 - 5 orang

Bahan-bahan

5 - 8 Ketul isi ikan pari
2 Sudu besar pes asam jawa
2 Biji bawang besar ( blend )
1 Ulas bawang putih ( blend )
Secubit halia ( blend )
Secubit lengkuas ( blend )
Secubit belacan ( blend )
Secubit kunyit ( blend )
3 sudu besar cili boh
1 sudu kecil serbuk kari ( blend )
1 Ikat daun kesum
6 Batang bendi
2 Biji tomato ( potong dadu )

CARA - CARA

1. Basuh ikan pari dan gaul dengan pes asam jawa ( perap selama 1 - 2 jam )
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di blend tadi + cili boh hingga naik bau.
3. Masukkan ikan yang telah diperap ( jangan basuh, biarkan bersama asam jawa )
4. Gaul sekejap dan masukkan air ( untuk buat kuah )
5. Masukkan garam + gula secukup rasa + daun kesum
6. Apabila ikan sudah masak, masukkan tomato + bendi
7. Untuk lebih sedap boleh tambah sedikit sos cili + sos tiram + sos tomato

Wednesday, 13 April 2011

Udang Goreng Kunyit Rangup

Udang goreng ni mmg sedap...ratah pun boleh...


Cadangan Hidangan : 2 orang

Bahan-bahan

10 - 15 ekor udang
1 biji bawang besar ( mayang bulat )
2 tangkai cili kering ( gunting kecil-kecil )

Bahan Perap

1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
sedikit lada sulah

Cara-cara

1. Basuh udang dan tos kan
2. Gaulkan semua bahan termasuk bawang
3. Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga garing ( jangan selalu balikkan )
4. Bila udang hampir masak, masukkan cili kering

Tuesday, 12 April 2011

Sambal Special


Sambal ni Syok dimakan bersama nasi panas ( yg sedikit lembik ) + Ayam goreng atau gulai lemak ke...fuhh...kompem berasap telinga...

( gambar ) Untuk 1 piring

Bahan-Bahan

5 biji bawang merah
15 @ 10 cili padi hijau
Segenggam ikan bilis
1 sudu kecil belacan ( merah )
1 biji telur ( rebus )
Secubit ( asam jawa @ belimbing buluh hitam )
Kicap manis

Cara-Cara

1. Rebus telur sampai masak = hancurkan mcm nk wt sandwich
2. Tumbuk bawang + cili + ikan bilis + belacan
3. Panaskan Minyak dan goreng bahan yang ditumbuk tadi
4. Bila dah agak garing boleh masukkan telur + kicap secukup rasa
5. Agak2 dah hampir garing...boleh la angkat.

Monday, 11 April 2011

Tortila Satay Ayam


Cadangan Hidangan : 2 orang

Bahan-bahan

2 keping Garlic Tortila ( boleh beli kat TESCO)
1 Keping dada ayam ( hiris memanjang )
1 Biji bawang besar ( potong dadu kecil-kecil )
Sedikit kobis ( hiris halus-halus )
1 sudu besar butter
2 keping keju / cheedar

Bahan Perap

2 Ulas bawang putih ( blend )
1 inci halia ( blend )
sedikit serbuk jinta putih, jintan manis, lada hitam (kasar), serbuk cili
sedikit seasoning dan gula

Cara-cara

1. Perap ayam selama 10 - 20 minit
2. Panaskan butter, lepas tu masukkan ayam
3. Goreng sambil balik-balikkan hingga agak kering
4. Sediakan tortila, letakkan ayam tadi + keju + kobis = gulung
dan boleh potong dua. Boleh juga letak sos sebelum gulung.

Monday, 4 April 2011

Spicy Cheese Macaroni


Hidangan ini untuk 2 orang

Bahan

2 cawan macaroni ( rebu dulu ye )
1 batang hot dog ( hiris bulat2 / serong2 /sukahati kamu ler )
Sedikit Brokoli ( celur sekejap je & tos )
2 keping keju
2 ulas bawang putih
1 sudu besar butter
Secubit perasa (Cukup rasa-maggie )
Sedikit chili flakes

Cara-cara

1. Panaskan butter + tumis bawang putih + hot dog
2. Bila hot dog dah masak / sedikit garing = padam api + masukkan macaroni + perasa
3. Gaul hingga rata + masukkan brokoli dan cheese = gaul hingga rata lagi
4. Hidangkan dan tabur dengan chili flakes...

SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, 28 March 2011

Salmon Grill + Lemon Sos


Bahan-Bahan

1 keping ikan Salmon

* Bahan perap

Sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk cili / chili flakes
sedikit rosemarry

* Bahan Sos
1 sudu kecil tepung jagung ( bancuh dgn sedikit air )
1 sudu kecil butter
1 sudu kecil sos lemon ( kordial pun boleh )
sedikit garam

Cara-cara

1. Grill ikan yang dah diperap sampai masak
2. Panaskan butter + masukkan bahan sos...kacau sampai pekat

Ayam Panggang Spicy


Dalam gambar ni Ayam Panggang Spicy siap ade Kentang
So, masa perap ayam tu boleh perap kentang sekali dan
bakar je dengan ayam sekali...

Bahan-Bahan

1/2 ekor ayam
1 sudu besar serbuk kunyit / 1 inci kunyit
3 sudu Sos tiram
3 sudu besar madu

Bahan kisar ( kisar tu jangan halus sangat )

3 inci halia
1 sudu lada hitam ( ditumbuk )
1 batang serai
2 biji bawang besar
5 biji cili padi
sedikit gula
sedikit garam

Cara-cara

1. Masukkan bahan kisar dalam bekas / mangkuk + gaul dengan madu + sos tiram + kunyit. ( rase dulu ape yang kurang )
2. Masukkan ayam dan perap ( 1 - 3 jam...ikut la, lagi lama lagi sedap )
3. Pastu boleh bakar dalam suhu 160 - 200 darjah lebih kurang sejam gitu

Udang Butter Berkrim


Bahan-bahan

500gm udang ( x kisah la udang ape..nak sedap udang harimau )
3 ulas bawang putih ( di ketuk )
1 sudu besar butter
1 @ 2 biji cili padi ( kalau x letak cili pun xper )
2 keping biskut cheese ( xde pun xpe )

Bahan Krim

1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar susu pekat

Cara nak buat

1. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air masak + susu cair + susu pekat
2. Panaskan Butter + tumis bawang putih + goreng udang
3. Bila udang dah masak, kluarkan sekejap
4. Masukkan bahan krim dalam lebihan butter yang goreng udang tadi ( guna api kecil jer )
5. Bila dah pekat , tutup api....Masukkan Udang + gaul hingga rata
6. Letak atas pinggan dan tabur biskut yang dah di tumbuk

* Sesuai untuk kanak-kanak ( kalau x letak cili ) rasa nye memang lemak berkrim...sedap!

Daging Goreng Rempah


Bahan-Bahan

500gm daging ( kalau nk lembut..rebus dulu..baru potong nipis2 )
3 tangkai cili kering ( potong besar2 )
1 biji besar ( mayang )

Bahan perap

sedikit serbuk ketumbar
sedikit serbuk jintan putih
sedikit serbuk jintan manis
sedikit jintan manis ( kasar )
sedikit sos tiram
kicap manis

Cara-cara

1. Panaskan minyak + goreng daging yang dah diperap
2. Apabila dading hampir masak, masukkan bawang + cili kering

Itu jer... senang kan...